Bengkel Pembangunan Lego Mindstorm EV3
21 Disember 2016 | Aktiviti TerkiniBengkel ini merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Bengkel Robotics ini merupakan kesinambungan daripada Program Smart Community @ Komuniti Pintar oleh MCMC. Ianya telah dihadiri oleh 39 orang peserta iaitu yang berumur 9 tahun hingga 16 tahun. Peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan. Bengkel ini diadakan di Auditorium MCMC Tower 1, Cyberjaya bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
Peserta diberi penerangan ringkas mengenai teknologi Robotics menggunakan Lego sekaligus mengaplikasikannya dalam pertandingan yang disediakan. Tenaga pengajar terdiri daripada Encik Afiq dari Executive & Education Trainer Sasbadi Learning Solutions Sdn. Bhd dan 10 orang fasilitator terdiri daripada Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan perkembangan teknologi robotic pada masa kini dan menarik minat anak-anak muda dalam bidang robotic. Selain itu ia dapat meningkatkan kreativiti para peserta semasa membina lego tersebut. Kerjasama antara kumpulan juga dapat dipupuk.
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah peserta perlu menyiapkan rekabentuk robotic lego dalm tempuh masa yang diberikan secara berkumpulan.
Selain itu juga peserta perlu membuat pengaturacaraan komputer bagi membolehkan robotic itu bergerak. Selesai aktivititi pengaturcaraan komputer, pertandingan tarik tali robotic diadakan. Kumpalan yang berjaya mendapat hadiah daripada pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: